Kita merancang ALLAH juga merancang..

ALLAH yg maha tahu atas segalanya. Boleh jd engkau tidak menyukai sesuatu padahal menurut ilmu ALLAH,pengetahuan ALLAH perkara itu baik untuk mu, dan boleh jadi engkau menyukai sesuatu, padahal buruk bagimu, ALLAH maha tahu…kita!! TIDAK tahu..Seringkali kita kecewa pada awalnya..tapi bila waktu berjalan, kita rasa bersyukur, ternyata yg kita sangka pada mulanya BURUK, setelah beberapa ketika, hikmahnya lebih BAIK dari apa yg kita duga..ALLAH maha SAYANG pada hambanya, ALLAH tidak pernah zalim pada hamba-hambanya yg beriman…ALLAH merancang yg TERBAIK menurut ILMUnya bukan menurut SELERA kita..kerana SELERA kita dekat dengan NAFSU, oleh itu jika ada kejadian yg TIDAK kita sukai,TAK seperti yg kita harapkan..maka terimalah dengan redha, berbaik sangka dgn ALLAH…percaya setiap takdir ALLAH itu PASTI BAIK untuk org yg beriman, dan sempurnakanlah ikhtiar…jgn pernah kita berburuk sangka pada ALLAH…kita ini BODOH, ALLAH maha BIJAKSANA..kita ini LEMAH, ALLAH maha KUASA…kita ini ZALIM dan ALLAH maha PENYAYANG…maka terima apa saja episode dalam kehidupan kita, dengan redha dan sempurnakan lah ikhtiar..insyaallah.


Kelasku Rumahku

Bilik darjah yang menarik dan cantik dapat menarik minat murid untuk hadir ke sekolah dan sekaligus dapat menanamkan semangat cinta untuk hadir ke sekolah.

Masalah murid malas hadir ke sekolah atau bosan untuk hadir ke sekolah ada berhubung kait rapat dengan keadaan sekeliling murid tersebut. selain dari sikap guru dan sikap murid itu sendiri, keadaan fizikal bilik darjah juga merupa satu dari faktor murid malas untuk hadir kesekolah.

sehubungan dengan itu, Sekolah Rendah Agama Integrasi Tengku Ampuan Fatimah telah mengadakan pertandingan kelas ku ceria untuk sesi ketiga bagi tahun 2013. untuk tahun 2013 kelas 6 Sabar telah berjaya menjadi johan keseluruhan bagi tahap 2 sebanyak 4 kali.

penggunaan warna yang ceria bagi menarik minat murid dan guru untuk masuk ke kelas bagi sesi pengajaran dan pembelajaran

murid di susun mengikut pasangan dan rakan baik mereka untuk meningkat semangat setia kawan dan kerjasama dalam pasukan

dinding kelas yang di hias ceria dapat menarik minat murid untuk pandang ke hadapan

meja guru juga tidak di biarkan kosong, meja turun di hias dengan kata-kata motivasi bagi menaikkan motivasi guru

pandangan hadapan kelas : papan-papan notid dihias dengan warna-warna ceria bagi menaikkan semangat murid



Rekod Laporan Induk Program Peningkatan Prestasi Khas matematik

http://www.scribd.com/doc/188446949/Rekod-Laporan-Induk-Program-Peningkatan-Prestasi-Khas-matematik

Sekolah SRAI terbaik PSRA 2013 negeri selangor

Sekolah Rendah Agama Integrasi Tengku Ampuan Fatimah Batu Belah Klang telah menjadi sekolah cemerlang utk PSRA dalam kategori SRAI 2013, seramai 54 org dari 128 calonnya telah mendapat pangkat Mumtaz dalam PSRA tahun 2013 dengan peningkatan seramai 6 orang berbanding tahun 2012..dalam  UPSR pula SRAITAF telah peroleh keputusan seramai 18 orang 5 A manakala seorg dr pelajar perempuannya Nur Nabihah Nasuhah Bt Muhammad Zamri telah di nobatkan sebagai pelajar terbaik negeri selangor dengan keputusan yg sangat cemerlang sebanyak 99.2 %  dan seorang pelajar lelakinya Afif Syatir telah menjadi pelajar lelaki terbaik utk daerah klang,

Nur Nabihah Nasuha Bt Muhammad Zambri pelajar cemerlang PSRA perempuan peringkat Negeri tahun 2013

seramai 3129 calon mendapat pangkat Mumtaz

KAU PERGI JUA.......

"IKHLAS MELEPAS DEMI KEBAHAGIAANYA"

 


Allah selalu lebih mengetahui segala sesuatu yang terbaik untuk setiap hamba-Nya.
Kadang Dia memberi suatu kesulitan untuk menguji kita.
Kadang Dia memberi apa yang kita sebut sebagai luka hati.
Semata-mata supaya kita boleh mengambil hikmah di sebaliknya.
Walaupun ketika kita harus kehilangan seseorang yang kita cintai sekalipun.
Sudah pasti Allah punya alasan di sebaliknya. Ada hikmah di sebaliknya.

Alasan yang kadang sulit untuk difahami. Namun kita harus tetap percaya bahawa ketika Ia mengambil sesuatu dari kita. Ia telah siap memberikan yang lebih baik untuk kita.

Ingatlah..
Suatu masa kita bahagia ketika menemukan cinta dan pada masa yang lain kita merasa bersedih kerana harus kehilangan cinta.....Akan tetapi ketika cinta itu mati, kita tidak perlu ikut mati bersamanya.

Kenapa kita memejamkan mata ketika kita tidur? Atau ketika kita menangis? Ketika kita membayangkan?

La Tahzan..:) tetaplah tersenyuman,

LA TAHZAN

Jika orang yang selama ini engkau cinta dan sayangi dengan tulus memutuskan untuk pergi meninggalkan dirimu begitu saja untuk memilih yang lain..

Maka TERIMALAH dengan hati LAPANG.
Kerana suatu saat nanti Allah akan menghadirkan orang lain yang akan menggantikan cintanya melebihi apa yang telah dia berikan selama ini.

Berusahalah untuk MENGIKHLASKAN.
Kerana mengharap cinta dari orang yang nyata-nyata sudah tak menyayangi kita adalah sebuah kesia-siaan dan sama saja dengan menyiksa serta menyakiti diri sendiri.

Serta BERSABARLAH.
Kerana yang sempurna dari yang tersempurna akan di hadirkan untukmu yaitu orang yang bakal menghampirimu dan memang ditakdirkan untukmu.

kasih sayang itu ibarat mencari sehelai rumput yang paling cantik di padang yang luas..

kasih sayang itu ibarat mencari sehelai rumput yang paling cantik di padang yang luas..

Sebuah artikel yang penuh dgn maksud yang mendalam.. Adakah kita ibarat pelajar tersebut, sibuk cari rumput yang paling cantik, tp sampai ke penghujungnya 1 pon tak jumpe.. Bak kte cikgu.. Banyak masa yang terbuang demi mencari sehelai rumput yang paling cantik..itulah umpama nye dlm mencari pasangan hidup.. Kita mencari & terus mencari dgn berharap akan ada sesorg yang lebih baik di hadapan nanti.. Namun bila sampai di penghujungnya akan adakah orang itu???
Suatu hari, seorang ustaz sedang mengajar subjek akhlak bab kasih sayang sesama makhluk di dalam kelas, semua pelajar kusyuk mendengar apa yg sedang disampaikan oleh ustaz tersebut...selesai saja memberi penjelasan tentang tajuk tadi, ustaz pon membuka peluang kpd murid-muridnya utk bertanyakan soalan..lalu seorang murid angkat tangan dan meminta izin utk bertanyakan apa yg terbuku dalam hatinya..
"Ustaz, bagaimana kita hendak mencari seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayangi?"
 Ustaz tidak terus menjawab, sebaliknya dia merenung ke arah padang di hadapan darjah..
"Wahai muridku, saya akui soalan mu ini amat indah untuk dicernakan, namun sukar untuk dilaksanakan.."
"Cuba kamu lihat padang yang luas itu. Terdapat banyak rumput di atasnya. Bagaimana kalau saya meminta kamu berjalan di sana, tetapi kamu tidak dibenarkan untuk menoleh semula walaupun sekali. Hanya berjalan terus, maju ke hadapan. Dalam perjalananmu itu, saya mahu kamu mencari sehelai rumput yang cantik, ambil dan berikan kepada saya." .

Apakah itu KEIKHLASAN....

Di dalam ikhlas itu harus ada 4 perkara...
  1. Khauf( Takut) : Takut atau rasa gerun dengan balasan ALLAH dia atas setiap perkara yg  akan  di lakukan 
  2. Raja (Mengharap) : Mengharap ALLAH melihatnya di setiap perbuatan yang di lakuan dengan kasih sayangnya 
  3. Mahabbah (Cinta) : Sanggup melakukan apa saja tanpa ada bantahan dan sanggup berkorban demi menunaikan titah ALLAH
  4. Tawakkal ( Pergantungan) : Umpama orang yang bergantung pada sesuatu agar ia tidak terjatuh dan berserah pada ALLAH atas ketentuannya.


Cita-Cita...

Bertanyalah pada mereka yang berusia lebih 20 tahun : apakah bidang yang mereka terokai itu, adalah apa yang mereka impikan? Saya percaya 5 daripada 10 orang daripada mereka yang ditanya itu akan mengiyakan dengan yakin dan bangga. Mereka ini akan berkata, 'ya' inilah bidang yang mereka ingin ceburi.

Bertanyalah pula pada mereka yang berusia lebih 30 tahun : apakah bidang yang mereka ceburi itu adalah apa yang mereka impikan? Saya percaya, daripada 10 orang yang ditanya, tidak seorang pun daripada mereka sedang menikmati bidang yang mereka cita-citakan.

Tanyalah mereka yang lebih 30 tahun di sekeliling anda; jiran, kenalan, sahabat, rakan sepejabat, malah sesiapa sahaja. Anda akan dapati bidang yang mereka terokai itu sama sekali bukan bidang yang dicita-citakan.
Malah, tanyalah diri kita sendiri. Apakah bidang yang menjadi kerjaya kita kini adalah sebenar-benarnya bidang yang kita impi-impikan? Jawapan yang jujur tentulah 'tidak!'

http://www.iluvislam.com/gaya-hidup/kerjaya/1370-cita-cita-yang-tak-pernah-menjadi.html 

LIMA tiada KeENAMnya, ENAM tiada keTUJUHnya, TUJUH tiada ke LAPANnya


Seorang paderi di Amerika mengajak seorang pelajar arab yg di berikan oleh Allah nikmat dalam beragama islam utk berdialong didalam sebuah gereja di tempatnya, Tujuan paderi itu tidak lain tidak bukan hanya utk memalukan pemuda arab tersebut dan sekaligus mengukuhkan agamanya. Pemuda muslim itu pun menerima tentangan debat tersebut.

Sesi berdebat di mulakan oleh paderi tersebut:.

Paderi berkata "aku akan mengajukan kepada kamu 22 soalan dan kamu harus menjawabnya dengan tepat"

Si pemuda tersenyum dan berkata "silakan"

Anakmu adalah siapa dirimu

memberi semangat kepada anak-anak melalui kaedah terapi minda dan ayat syifa

ANAKMU adalah SIAPA DIRIMU...!!

① Jika anakmu BERBOHONG Itu krn engkau MENGHUKUMNYA terlalu BERAT.

② Jika anakmu TDK PERCAYA DIRI Itu krn engkau TDK MEMBERI dia SEMANGAT.

③ Jika anakmu KURANG BERBICARA Itu krn engkau TDK MENGAJAKNYA BICARA.

④ Jika anakmu MENCURI Itu krn engkau TDK MENGAJARNYA MEMBERI.

⑤ Jika anakmu PENGECUT Itu krn engkau selalu MEMBELANYA.

⑥ Jika anakmu TDK MENGHARGAI ORG LAIN Itu krn engkau BERBICARA TERLALU KERAS kpdnya.

⑦ Jika anakmu suka MARAH² Itu krn engkau KURANG MEMUJINYA.

⑧ Jika anakmu SUKA BERBICARA PEDAS Itu krn engkau TDK BERBAGI dengannya.

⑨ Jika anakmu SUKA MENGASARI org lain Itu krn engkau SUKA MELAKUKAN KEKERASAN terhadapnya.

⑩ Jika anakmu LEMAH Itu krn engkau SUKA MENGANCAMNYA.

kalau cinta..

Kalau Cinta Jangan Hanya Dalam Kata-kata...

Jangan terlalu percaya padanya ketika dia memberi tahu bahwa dia mencintaimu..

Sampai bila rasa itu akan bertahan andai hanya sekadar dijalani tanpa tahu kemana arah hubungan yang terjalin? Karana ianya sama dengan musim,orang akan berubah seiring perjalanan waktu..hari ini cinta,esok sudah lupa karana tertarik kepada yang lebih tampan atau jelita..

Bagaimana harus setia kalau hubungan yang terjalin hanya sekedar suka sama suka..
Bagaimana akan melepas rindu kalau hanya cinta yang semata..
Bagaimana kita boleh terus bersamanya sepanjang waktu kalau Allah belum restu...

Cinta yang tak halal ,sejatinya begitu pasti karana tiada ikatan antara keduanya..

Oleh itu kalau cinta jangan hanya dalam kata...
Wujudkan dalam tindakan nyata dengan menghalalkannya..
Mintalah diberi kemudahan kepada Allah karena sungguh Dia akan mengabulkan kalau itu terbaik bagi kita..

Jangan lelah merangkai usaha dalam do'a dan ikhtiar, karena janji-Nya adalah benar..

Bersabaralah dalam ketaatan semoga Allah memberi kemudahan.

SALAM MAULIDUR RASUL

Assalamualaikum, Salam Maulidur Rasul buat semua.

Memandangkan hari ini merupakan sambutan Maulud Nabi, aku nak kongsi satu cerita yang mungkin kebanyakan di antara kita sudahpun tahu. Tapi, tak ada salahnya jika kita membaca kembali detik-detik terakhir Rasulullah SAW di muka bumi ini, sebagai tanda ingatan kita kepada baginda SAW.


Maulidur Rasul adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah S.W.T. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Sambutan memperingati Maulid (kelahiran) Nabi Muhammad S.A.W bukanlah suatu perkara yang asing di dalam masyarakat kita. Tanggal 12 Rabiulawal setiap tahun inilah umat Islam akan memenuhi ruang masjid ataupun kawasan-kawasan terpilih untuk menyambut Maulidur Rasul S.A.W dengan diadakan pelbagai acara seperti: Membaca al-Quran dan berceramah mengenai sirah Baginda S.A.W ataupun beselawat serta berzanji dan pelbagai acara lagi dan pada akhirnya kadang-kala diadakan sedikit jamuan. Mimbar-mimbar Jumaat juga tidak terlepas dari berkhutbah dengan penuh bersemangat untuk menyatakan cintanya umat ini terhadap Baginda S.A.W.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad s.a.w, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah SWT akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.
 

Panduan Memilih Sahabat.

Ibubapa perlu prihatin terhadap rakan-rakan yang bersahabat dengan anak-anak mereka.
kerana sahabata yang baik akan mengajak anak-ana untuk berbuat kebaikan manakala sahabat yang nakal akan mengajak anak-anak berbuat nakal.


Tujuan berkawan sebenarnya untuk mendapatkan manfaat seperti bantuan dan perkongsian pengetahuan, bukan mencari keburukan