Assalamualaikum, Salam Maulidur Rasul buat semua.
Memandangkan hari ini merupakan sambutan Maulud Nabi, aku nak kongsi
satu cerita yang mungkin kebanyakan di antara kita sudahpun tahu. Tapi, tak ada salahnya jika kita membaca kembali detik-detik terakhir
Rasulullah SAW di muka bumi ini, sebagai tanda ingatan kita kepada
baginda SAW.
Maulidur Rasul adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad.
Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi
yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah S.W.T. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.
Sambutan memperingati Maulid (kelahiran) Nabi Muhammad S.A.W bukanlah
suatu perkara yang asing di dalam masyarakat kita. Tanggal 12 Rabiulawal
setiap tahun inilah umat Islam akan memenuhi ruang masjid ataupun
kawasan-kawasan terpilih untuk menyambut Maulidur Rasul S.A.W dengan
diadakan pelbagai acara seperti: Membaca al-Quran dan berceramah
mengenai sirah Baginda S.A.W ataupun beselawat serta berzanji dan
pelbagai acara lagi dan pada akhirnya kadang-kala diadakan sedikit
jamuan. Mimbar-mimbar Jumaat juga tidak terlepas dari berkhutbah dengan
penuh bersemangat untuk menyatakan cintanya umat ini terhadap Baginda
S.A.W.
Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan
majlis keputeraan Nabi Muhammad s.a.w, kerana bila
berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.
Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap
kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat
kebaikan, sudah Allah SWT akan memberi pembalasan yang tiada ternilai.
Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam
kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan
mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.
Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh
orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang
yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.