Panduan Memilih Sahabat.

Ibubapa perlu prihatin terhadap rakan-rakan yang bersahabat dengan anak-anak mereka.
kerana sahabata yang baik akan mengajak anak-ana untuk berbuat kebaikan manakala sahabat yang nakal akan mengajak anak-anak berbuat nakal.


Tujuan berkawan sebenarnya untuk mendapatkan manfaat seperti bantuan dan perkongsian pengetahuan, bukan mencari keburukan





      Antara panduan untuk  bersahabat dikalangan umat islam adalah seperti pesanan Saidina A'lqamah kepada puteranya :
Wahai anakku, kiranya engkau berasa perlu bersahabat dengan seseorang maka hendaklah engkau memilih orang-orang yang terdapat padanya ciri-ciri berikut :

  1. jika engkau bebuat bakti kepadanya, dia akan melindungimu
  2. jika engkau merapat persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu
  3. jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya,dia akan membantumu
  4. jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikian kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik
  5. jika dia mendapati sesuatu kebaikan daripadamu, dia akn menghargainya atau menyebut kebaikan mu
  6. jika dia mellihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, dia akan menutupnya
  7. jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya dia akan menguruskannya
  8. jika engkau berdiam diri dia akan menanyakan kesusahanmu
  9. jika datang sesuatu bencana kepadamu dia akan meringankanya
  10. jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akn membenarkanmu
  11. jika engkau merancang sesuatu nescaya dia akan menyokong mu
  12. jika kamu berdua beselisih faham. nescaya dia akn berusaha untuk menjaga kepentingan persahabatanmu

Terdapat ayat yang mengisyaratkan mengenai peranan dan pengaruh kawan, antaranya firman yang bermaksud: "Wahai orang yang beriman! Bertakwalah dan hendaklah kamu bersama-sama orang yang bersifat benar." (Surah at-Taubah: 119)



Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari, bermaksud: "Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk."