kasih sayang itu ibarat mencari sehelai rumput yang paling cantik di padang yang luas..
Sebuah artikel yang penuh dgn maksud yang
mendalam.. Adakah kita ibarat pelajar tersebut, sibuk cari
rumput yang paling cantik, tp sampai ke penghujungnya 1 pon tak
jumpe.. Bak kte cikgu.. Banyak masa yang terbuang demi
mencari sehelai rumput yang paling cantik..itulah umpama nye dlm
mencari pasangan hidup.. Kita mencari & terus mencari dgn
berharap akan ada sesorg yang lebih baik di hadapan nanti.. Namun
bila sampai di penghujungnya akan adakah orang itu???
Suatu hari, seorang ustaz sedang mengajar subjek akhlak bab kasih sayang sesama makhluk di dalam kelas, semua pelajar kusyuk mendengar apa yg sedang disampaikan oleh ustaz tersebut...selesai saja memberi penjelasan tentang tajuk tadi, ustaz pon membuka peluang kpd murid-muridnya utk bertanyakan soalan..lalu seorang murid angkat tangan dan meminta izin utk bertanyakan apa yg terbuku dalam hatinya..
"Ustaz, bagaimana kita hendak mencari seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayangi?"
Ustaz tidak terus menjawab, sebaliknya dia merenung ke arah padang di hadapan darjah..
"Wahai muridku, saya akui soalan mu ini amat indah untuk dicernakan, namun sukar untuk dilaksanakan.."
"Cuba kamu lihat padang yang luas itu. Terdapat banyak rumput di
atasnya. Bagaimana kalau saya meminta kamu berjalan di sana, tetapi kamu
tidak dibenarkan untuk menoleh semula walaupun sekali. Hanya berjalan
terus, maju ke hadapan. Dalam perjalananmu itu, saya mahu kamu mencari
sehelai rumput yang cantik, ambil dan berikan kepada saya." .
"Mana rumput yang kamu petik." tanya ustaz.
"Tadi masa saya berjalan, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang
ada banyak yang cantik tetapi ustaz kata petik yang paling cantik, maka
saya pun terus berjalan ke depan mencari yang paling cantik tanpa
menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang, saya tak
jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada antara yang di belakang saya
tadi rumput yang paling cantik tetapi cikgu cakap tak boleh menoleh ke
belakang semula, jadi tiadalah rumput yang boleh saya petik," terang
pelajar itu.
Inilah realiti hidup. Padang yang luas umpama masa, rumput yang banyak
umpama orang di sekelilingmu, manakala rumput yang cantik pula adalah
orang yang menarik perhatian mu. Keadaanmu tadi banyak berlaku dalam
hidup manusia dalam mencari cinta sejati. Mereka mencari, bertemu dengan
yang menambat hati, namun kerna mengenangkan mungkin ada yang lebih
baik dari yang telah ditemui mereka terus mencari tanpa sedar sudah
banyak masa yang terbuang dan sudah banyak tenaga yang hilang," jelas
sang ustaz itu.
"Maka dengarlah nasihat ini. Apabila kita telah berjumpa dengan sesorg
yang kita sayang, janganlah kita mencari lagi yang lebih baik dari itu.
Kita patut hargai orang di depan kita dengan sebaiknya. Jangan kita
menoleh ke belakang lagi kerna yang berlaku telah berlaku. Semoga yang
berlalu takkan berulang lagi. Dan ingatlah, orang yang kita sayang itu
yang paling cantik dan paling baik. Mahupun nak ikutkan banyak lagi yang
cantik dan baik seperti rumput tadi."