KAU PERGI JUA.......

"IKHLAS MELEPAS DEMI KEBAHAGIAANYA"

 


Allah selalu lebih mengetahui segala sesuatu yang terbaik untuk setiap hamba-Nya.
Kadang Dia memberi suatu kesulitan untuk menguji kita.
Kadang Dia memberi apa yang kita sebut sebagai luka hati.
Semata-mata supaya kita boleh mengambil hikmah di sebaliknya.
Walaupun ketika kita harus kehilangan seseorang yang kita cintai sekalipun.
Sudah pasti Allah punya alasan di sebaliknya. Ada hikmah di sebaliknya.

Alasan yang kadang sulit untuk difahami. Namun kita harus tetap percaya bahawa ketika Ia mengambil sesuatu dari kita. Ia telah siap memberikan yang lebih baik untuk kita.

Ingatlah..
Suatu masa kita bahagia ketika menemukan cinta dan pada masa yang lain kita merasa bersedih kerana harus kehilangan cinta.....Akan tetapi ketika cinta itu mati, kita tidak perlu ikut mati bersamanya.

Kenapa kita memejamkan mata ketika kita tidur? Atau ketika kita menangis? Ketika kita membayangkan?


Ini kerana hal terindah di dunia yang tidak dapat dilihat. Kadang orang yang kita cintai adalah orang yang paling menyakiti hati kita. Ada hal-hal yang tidak ingin kita lepaskan. Ada orang-orang yang tidak ingin kita tinggalkan. Tetapi ingatlah, melepaskan bukanlah akhir dari segalanya, melainkan awal dari suatu harapan baru. Masa depan yang baru.

Kebahagiaan ada untuk mereka yang menangis, mereka yang tersakiti, yang telah mencuba dan mencari. Kerana merekalah yang boleh menghargai betapa pentingnya orang yang telah menyentuh kehidupan mereka.

Sakit patah hati bertahan selama engkau menginginkannya dan akan mengiris luka sedalam kau membiarkannya.....ambilah sebagai pelajaran dan pengalaman.

Orang terkuat bukanlah orang yang selalu menang, tetapi mereka yang tetap bangkit ketika mereka jatuh.

Cinta bukannya  menjadi "orang sempurna 'untuk seseorang. tetapi seseorang yang boleh membantu menjadikan dirimu menjadi sempurna.

Dalam perjalanan hidup ini , kita belajar tentang diri sendiri dan menyedari bahawa penyesalan tidak seharusnya ada. Hanyalah penghargaan-penghargaan abadi atas pilihan-pilihan kehidupan yang telah kita buat.

Suatu waktu akan tiba saatnya dimana kita harus berhenti mencintai seseorang, bukan kerana orang itu berhenti mencintai kita melainkan kerana kita menyedari bahawa orang itu akan lebih berbahagia apabila kita "MELEPASKANNYA."