kasih sayang itu ibarat mencari sehelai rumput yang paling cantik di padang yang luas..

kasih sayang itu ibarat mencari sehelai rumput yang paling cantik di padang yang luas..

Sebuah artikel yang penuh dgn maksud yang mendalam.. Adakah kita ibarat pelajar tersebut, sibuk cari rumput yang paling cantik, tp sampai ke penghujungnya 1 pon tak jumpe.. Bak kte cikgu.. Banyak masa yang terbuang demi mencari sehelai rumput yang paling cantik..itulah umpama nye dlm mencari pasangan hidup.. Kita mencari & terus mencari dgn berharap akan ada sesorg yang lebih baik di hadapan nanti.. Namun bila sampai di penghujungnya akan adakah orang itu???
Suatu hari, seorang ustaz sedang mengajar subjek akhlak bab kasih sayang sesama makhluk di dalam kelas, semua pelajar kusyuk mendengar apa yg sedang disampaikan oleh ustaz tersebut...selesai saja memberi penjelasan tentang tajuk tadi, ustaz pon membuka peluang kpd murid-muridnya utk bertanyakan soalan..lalu seorang murid angkat tangan dan meminta izin utk bertanyakan apa yg terbuku dalam hatinya..
"Ustaz, bagaimana kita hendak mencari seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayangi?"
 Ustaz tidak terus menjawab, sebaliknya dia merenung ke arah padang di hadapan darjah..
"Wahai muridku, saya akui soalan mu ini amat indah untuk dicernakan, namun sukar untuk dilaksanakan.."
"Cuba kamu lihat padang yang luas itu. Terdapat banyak rumput di atasnya. Bagaimana kalau saya meminta kamu berjalan di sana, tetapi kamu tidak dibenarkan untuk menoleh semula walaupun sekali. Hanya berjalan terus, maju ke hadapan. Dalam perjalananmu itu, saya mahu kamu mencari sehelai rumput yang cantik, ambil dan berikan kepada saya." .

Tanpa banyak bicara pelajar itu menurut. Namun selang beberapa ketika....
"Mana rumput yang kamu petik." tanya ustaz.
"Tadi masa saya berjalan, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tetapi ustaz kata petik yang paling cantik, maka saya pun terus berjalan ke depan mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang, saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada antara yang di belakang saya tadi rumput yang paling cantik tetapi cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang boleh saya petik," terang pelajar itu.
Tersenyum ustaz itu penuh makna.........
Inilah realiti hidup. Padang yang luas umpama masa, rumput yang banyak umpama orang di sekelilingmu, manakala rumput yang cantik pula adalah orang yang menarik perhatian mu. Keadaanmu tadi banyak berlaku dalam hidup manusia dalam mencari cinta sejati. Mereka mencari, bertemu dengan yang menambat hati, namun kerna mengenangkan mungkin ada yang lebih baik dari yang telah ditemui mereka terus mencari tanpa sedar sudah banyak masa yang terbuang dan sudah banyak tenaga yang hilang," jelas sang ustaz itu.
"Maka dengarlah nasihat ini. Apabila kita telah berjumpa dengan sesorg yang kita sayang, janganlah kita mencari lagi yang lebih baik dari itu. Kita patut hargai orang di depan kita dengan sebaiknya. Jangan kita menoleh ke belakang lagi kerna yang berlaku telah berlaku. Semoga yang berlalu takkan berulang lagi. Dan ingatlah, orang yang kita sayang itu yang paling cantik dan paling baik. Mahupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi."