Cita-Cita...

Bertanyalah pada mereka yang berusia lebih 20 tahun : apakah bidang yang mereka terokai itu, adalah apa yang mereka impikan? Saya percaya 5 daripada 10 orang daripada mereka yang ditanya itu akan mengiyakan dengan yakin dan bangga. Mereka ini akan berkata, 'ya' inilah bidang yang mereka ingin ceburi.

Bertanyalah pula pada mereka yang berusia lebih 30 tahun : apakah bidang yang mereka ceburi itu adalah apa yang mereka impikan? Saya percaya, daripada 10 orang yang ditanya, tidak seorang pun daripada mereka sedang menikmati bidang yang mereka cita-citakan.

Tanyalah mereka yang lebih 30 tahun di sekeliling anda; jiran, kenalan, sahabat, rakan sepejabat, malah sesiapa sahaja. Anda akan dapati bidang yang mereka terokai itu sama sekali bukan bidang yang dicita-citakan.
Malah, tanyalah diri kita sendiri. Apakah bidang yang menjadi kerjaya kita kini adalah sebenar-benarnya bidang yang kita impi-impikan? Jawapan yang jujur tentulah 'tidak!'

http://www.iluvislam.com/gaya-hidup/kerjaya/1370-cita-cita-yang-tak-pernah-menjadi.html 



Artikel motivasi ini menjelaskan langkah-langkah, cara-cara, kaedah-kaedah, strategi-strategi, teknik-teknik, tip-tip, panduan-panduan mencapai matlamat / cita-cita dan kejayaan yang anda inginkan.

Untuk mencapai cita-cita atau matlamat anda dan berjaya dalam kehidupan, anda mestilah membina suatu kebiasaan berdasarkan langkah-langkah yang telah terbukti keberkesanannya seperti berikut:


1. Kenal Pasti Semua Keperluan & Keinginan Anda Sejelas-jelasnya
Duduk dan tulis semua keperluan dan keinginan.. Tuliskan seberapa banyak keperluan-keperluan serta keinginan-keinginan atau cita-cita anda. Apabila jumlahnya menjangkau 50 hingga 100, suatu bentuk perasaan atau semangat pada diri anda akan timbul. Teruskan. Perasaan inilah yang akan membarai semangat anda untuk terus ke hadapan untuk mencapai kejayaan.  Insya-Allah.

2. Tetapkan dan Tuliskan Matlamat-Matlamat Anda
TULIS matlamat-matlamat atau cita-cita anda di atas sehelai kertas. Ini amat-amat penting kerana jika anda tidak tulis, ia hanya akan menjadi angan-angan. Salinkannya ke dalam Buku Matlamat anda. Ini juga penting kerana dengan berbuat demikian, ia akan menjadi perkara yang penting bagi anda. Dengan berbuat demikian juga, ia akan mula meresap ke dalam minda separa sedar anda. Apabila ini terjadi maka anda akan mula sebati dengan matlamat anda. Hasilnya, anda tidak merasa selesa selagi anda belum mencapai matlamat anda. Dalam keadaan demikian, anda ingin dapat mencapai matlamat atau cita-cita anda itu dengan segera dan sebaik mungkin.

3. Tetapkan Tempoh dan Bila Anda Ingin Mencapai Matlamat / Cita-Cita  Anda
Kaji tahap atau kedudukan anda sekarang berbanding dengan apa yang anda inginkan. Kira dan tentukan berapa banyak masa yang anda perlukan untuk mencapai matlamat anda itu. TETAPKAN bila matlamat tersebut mesti anda capai.

4. Buat Perancangan
RANCANGKAN tindakan-tindakan anda. Senaraikan semua aktiviti mengikut susunan keutamaannya. Dengan cara begini anda akan lebih yakin berapa lama masanya untuk anda mencapai matlamat atau cita-cita anda serta bila matlamat anda itu akan anda capai. Perbaiki senarai aktiviti anda dari semasa ke semasa; optimumkannya, sempurnakannya.

5. Gambarkan Kejayaan Pada Minda Anda 
Letakkan suatu Studio Filem di minda anda! Bayangkan satu GAMBARAN MENTAL yang anda telah berjaya mencapainya. Buat imej minda yang jelas pada mata minda anda. Mainkan gambaran itu berulang-ulang – berkali-kali di fikiran anda.

Ingatlah bahawa: "Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang." - Cecil B. DeMille.  Ingatlah juga kata Mahatma Gandhi: Seseorang itu adalah hasil daripada fikirannya. Apa yang dia fikir, itulah yang dia akan menjadi".

6. Tangani Halangan
1) Kenal pastikan halangan-halangan yang perlu anda atasi.
2) Tumpukan kepada usaha mendapat bantuan; bantuan yang anda perlukan untuk mencapai matlamat anda - misalnya pengetahuan, pakar-pakar, penasihat-penasihat atau badan-badan tertentu.

7. Baki 90% Adalah Usaha dan Keazaman Anda 
Sokong rancangan anda dengan KEAZAMAN (Resolve) dan SEMANGAT TIDAK MENGENAL PUTUS ASA (Persistence). Tekadkan semangat. Tumpukan kepada mencapai kejayaan. Fokuskan segala perhatian dan tenaga anda untuk mencapai segala matlamat anda pada waktu yang anda sendiri tetapkan. Bulatkan hati dan fikiran. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap sebarang cabaran.

Insya-Allah, dengan diiringi doa, keazaman, disiplin yang tinggi serta usaha gigih, anda akan mencapai apa juga matlamat atau cita-cita yang impikan.