La Tahzan..:) tetaplah tersenyuman,

LA TAHZAN

Jika orang yang selama ini engkau cinta dan sayangi dengan tulus memutuskan untuk pergi meninggalkan dirimu begitu saja untuk memilih yang lain..

Maka TERIMALAH dengan hati LAPANG.
Kerana suatu saat nanti Allah akan menghadirkan orang lain yang akan menggantikan cintanya melebihi apa yang telah dia berikan selama ini.

Berusahalah untuk MENGIKHLASKAN.
Kerana mengharap cinta dari orang yang nyata-nyata sudah tak menyayangi kita adalah sebuah kesia-siaan dan sama saja dengan menyiksa serta menyakiti diri sendiri.

Serta BERSABARLAH.
Kerana yang sempurna dari yang tersempurna akan di hadirkan untukmu yaitu orang yang bakal menghampirimu dan memang ditakdirkan untukmu.


BERHENTILAH membuang air matamu.
Kerana yang engkau tangisi sedang bersama orang lain yang ia pilih menjadi pendampingnya.

Masih perlukah air mata tumpah hanya untuk orang yang telah mengabaikan ketulusan cintamu?

Akan jauh lebih berguna jika air matamu engkau tumpahkan kepada-Nya agar Dia berkenan memberimu pengganti yang lebih baik darinya.

Tetap BERSEMANGAT.

Dalam menantikan hadirnya seseorang yang tak hanya baik di hadapanmu. tetapi yang juga baik di hadapan Allah.Yang punya kemampuan untuk membaiki kehancuran hatimu. Untuk menyulam harapan yang baru.
Menuju Cinta hakiki yang sentiasa diredhai Ilahi.

Insya Allah