SALAM MAULIDUR RASUL

Assalamualaikum, Salam Maulidur Rasul buat semua.

Memandangkan hari ini merupakan sambutan Maulud Nabi, aku nak kongsi satu cerita yang mungkin kebanyakan di antara kita sudahpun tahu. Tapi, tak ada salahnya jika kita membaca kembali detik-detik terakhir Rasulullah SAW di muka bumi ini, sebagai tanda ingatan kita kepada baginda SAW.


Maulidur Rasul adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah S.W.T. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Sambutan memperingati Maulid (kelahiran) Nabi Muhammad S.A.W bukanlah suatu perkara yang asing di dalam masyarakat kita. Tanggal 12 Rabiulawal setiap tahun inilah umat Islam akan memenuhi ruang masjid ataupun kawasan-kawasan terpilih untuk menyambut Maulidur Rasul S.A.W dengan diadakan pelbagai acara seperti: Membaca al-Quran dan berceramah mengenai sirah Baginda S.A.W ataupun beselawat serta berzanji dan pelbagai acara lagi dan pada akhirnya kadang-kala diadakan sedikit jamuan. Mimbar-mimbar Jumaat juga tidak terlepas dari berkhutbah dengan penuh bersemangat untuk menyatakan cintanya umat ini terhadap Baginda S.A.W.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad s.a.w, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah SWT akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.
 

Panduan Memilih Sahabat.

Ibubapa perlu prihatin terhadap rakan-rakan yang bersahabat dengan anak-anak mereka.
kerana sahabata yang baik akan mengajak anak-ana untuk berbuat kebaikan manakala sahabat yang nakal akan mengajak anak-anak berbuat nakal.


Tujuan berkawan sebenarnya untuk mendapatkan manfaat seperti bantuan dan perkongsian pengetahuan, bukan mencari keburukan