Untungkah Menjadi Guru????

Orang kata kalau jadi cikgu ni untung...gaji besar, kerja setengah hari, cuti pun banyak kalau nk di bandingkan dengan kerjaya yang lain...

Betul, memang tak di nafikan, dari segi zahir memang guru kerja separuh hari, bila murid cuti sekolah,guru pun cuti..kalau di selami lebih dalam lagi, sebenarnya tiada istilah bekerja separuh hari dalam kamus hidup seorang guru..banyak isu yang akan timbul jika isu ini dibahaskan oleh yg bukan ahli, pucuk pangkalnye semua terserah pada individu guru itu sendiri, dimanakah ia ingin meletakkan dirinye...ingin menjadi seorang yg kominted dengan bidang tugas dan kerjaya atau sekadar ingin menjadi "Guru 25 hb"..."tepuk dada tanya iman"

Tapi kalau nk dikata gaji guru besar,tu tak betul..guru adlh kakitangan awam, jadi tangga gaji guru adalh sama dengan kaki tangan awam yang lain.dan guru TIDAK dapat claim untuk "overtime"


Walau apa pun tangapan masyarakat diluar sana terhadap guru itu terpulang pada mereka..(",)
kerana itu bukan la kiraan untung bagi seorang guru, mari kita lihat hadis-hadis dan bukti mengenai betapa untungnya menjadi seorang guru ini...




Diriwayatkan dari Abu Darda, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud :
"manusia itu terbahagi kepada dua golongan. Pertama yang mengajar, Kedua yang belajar, Kemudian tidak ada yang lebih baik setelah itu"[Riwayat Imam Darumi]



Diriwayatkan pula daripada Abu Umamah r.a bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud :
"sesungguhnya Allah SWT, para malaikat,penghuni langit dan bumi, termasuk semut yang berada didalam lubang dan ikan paus, sesungguhnya akan memberkati dan memberi rahmat kepada orang yang mahumengajarkan kebaikan(ilmu) kepada manusia"[Riwayat Imam Tirmizi]



Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:
"Apabila meninggal dunia anak Adam,maka terputuslah semua amalannya kecuali tiga perkara iaitu, sedekah jariah,ilmu yang bermanfaat,dan anak soleh yang sentiasa mendoakan kedua ibubapanya"

 ilmu yang bermanfaat itu termasuklah ilmu yang guru-guru miliki yang dicurahkan kepada anak didiknya dan akan dicurahkan kepada anak didik nye yang akan datang..semakin berkembang ilmu yang dicurahkan semakin beruntunglah guru itu..(",)

Disitulah sebenar-benar keuntungan bagi seorang guru itu....sama ada guru secara lantikan, atau pun bukan lantikan selagi mana ia sudi berkongsi ilmu yang ada padanya selagi itu dia boleh digelar guru..