HIMPUNAN KATA-KATA SEMANGAT
-
Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.
-
Jangan
pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar
kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan
anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk
mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati
anda tersenyum.
-
Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda
rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang
lain juga.
-
Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam.
Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika
kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan
dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji."
-
Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala
boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan
ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan
kenyataan"
-
Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan.
- Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan
yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan
pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila
kita kembali semula kepada Ilahi.
-
Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling
anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati
nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang
akan menangis.
-
Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.
-
Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita.
- Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri.
-
Ketika ditimpa bencana, kita akan mengenali yang mana satu lawan & yang mana satu kawan.
-
Pemimpin yang baik akan memikul kesalahan & tidak mengejar nama.
-
Kebocoran yang kecil masih boleh menenggelamkan sebuah kapal yang besar.
-
Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang baik.
-
Nyanyian ibu untuk menidurkan anaknya ketika kecil adalah suara yang paling merdu di dunia.
-
Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana.
-
Berdoa dan meminta bukannya perkara yang sama.
-
Kegagalan adalah permulaan kepada kejayaan.