Dalam kehidupan ini, kesulitan sentiasa wujud kerana ianya adalah sebahagian dari kehidupan yang tidak dapat dipisahkan.
Allah telah menciptakan setiap perkara secara berpasangan :
- Ada malam ada siang.
- Ada tinggi ada rendah.
- Ada kemudahan ada kesulitan.
Oleh kerana kesulitan tidak mungkin dapat dielakkan, kita dituntut untuk mempersiapkan diri dalam menghadapinya.
Tidak
sedikit yang berjaya keluar dari kesulitan yang berlaku namun tidak
kurang pula yang jatuh tersungkur dalam kesulitan yang lebih rumit.
Ini
adalah kesan dari betapa dahsyatnya hentaman kesulitan yang menimpa
kita sementara kekuatan kita untuk bertahan tidak sekuat kedahsyatan
kesulitan itu sendiri.
Akhirnya, jangankan untuk keluar dari kesulitan, bertahan pun akan terasa begitu sukar.
Tentunya
kita ingin sentiasa menjadi pemenang dari setiap pergolakan hidup. Maka
diharapkan petua-petua berikut mungkin dapat membantu kita untuk
bertahan dalam kesulitan di samping rnenuntun kita keluar darinya
sebagai orang yang mampu tersenyum kerana lulus sebagai juara dalam
ujian kehidupan ini.
PERTAMA : Sandarkan diri kita kepada Zat Yang Maha Menyelesaikan.
Manusia
adalah makhluk yang lemah dan dia perlukan pegangan yang kuat kerana
perjalanan di dunia ini tidak selalunya dalam keadaan mendatar.
Kekuatan
yang dimiliki hanya sebatas usaha yang sama sekali tidak menentu.
Banyak perkiraan dan rancangan yang nampaknya mantap, namun akhirnya
meleset kerana memang di sebalik itu semua ada kekuatan Zat Yang Maha
Kuat yang menentukan segala-galanya.
Kita
perlukan Allah di saat keadaan sedang stabil dan normal. Malah dalam
keadaan yang sulit dan tidak ada orang yang membantu, kita lebih-lebih
lagi perlukan Allah. Apalagi kalau orang di kiri kanan kita yang biasa
membantu memberikan jalan penyelesaian tidak lagi dapat diharapkan. Ya!
Ini disebabkan mereka juga manusia yanq sangat terbatas seperti kita.
Dalam keadaan seperti ini, tidak ada jalan lain kecuali kita mendongak ke langit rnengharapkan penyelesaian dari atas.
Pintu penyelesaian dari langit akan sentiasa dibuka selama kita membuka pintu hati kita untuk menerima keputusan Allah.
Maha Suci Allah! Dia benar-benar berbeza dengan sifat makhluk.
Semakin
banyak permasalahan yang kita keluhkan atau semakin banyak permintaan
yang kita ajukan, maka semakin Allah menyukai kita.
Berbeza dengan makhluk yang miskin ini. Jangan terlalu banyak merengek kepadanya kerana dia juga masih perlukan bantuan.
Penyerahan diri kepada Allah akan melahirkan kekuatan untuk menghadapi segala permasalahan.
Sabda Rasulullah saw :
“Barang siapa yang ingin menjadi rnanusia yang paling kuat, maka bertawakallah."
Tawakal ini sekaligus akan mendatangkan ketenangan. Kenapa?
- Kita akan sedari bahwa kesulitan yang mendera adalah sebahagian dari “senario” Ilahi.
- Kita akan sedari bahwa Allah tempat kita bersandar dan di tanganNyalah terdapat penyelesaian.