Disetiap kesusahan itu pasti akan hadir kesenangan

Dalam kehidupan ini, kesulitan sentiasa wujud kerana ianya adalah sebahagian dari kehidupan yang tidak dapat dipisahkan.
Allah telah menciptakan setiap perkara secara berpasangan :
  1. Ada malam ada siang.
  2. Ada tinggi ada rendah.
  3. Ada kemudahan ada kesulitan.
Oleh kerana kesulitan tidak mungkin dapat dielakkan, kita dituntut untuk mempersiapkan diri dalam menghadapinya.
Tidak sedikit yang berjaya keluar dari kesulitan yang berlaku namun tidak kurang pula yang jatuh tersungkur dalam kesulitan yang lebih rumit.
Ini adalah kesan dari betapa dahsyatnya hentaman kesulitan yang menimpa kita sementara kekuatan kita untuk bertahan tidak sekuat kedahsyatan kesulitan itu sendiri.
Akhirnya, jangankan untuk keluar dari kesulitan, bertahan pun akan terasa begitu sukar.
Tentunya kita ingin sentiasa menjadi pemenang dari setiap pergolakan hidup. Maka diharapkan  petua-petua berikut mungkin dapat membantu kita untuk bertahan dalam kesulitan di samping rnenuntun kita keluar darinya sebagai orang yang mampu tersenyum kerana lulus sebagai juara dalam ujian kehidupan ini.
PERTAMA : Sandarkan diri kita kepada Zat Yang Maha Menyelesaikan.
Manusia adalah makhluk yang lemah dan dia perlukan pegangan yang kuat kerana perjalanan di dunia ini tidak selalunya dalam keadaan mendatar.
Kekuatan yang dimiliki hanya sebatas usaha yang sama sekali tidak menentu. Banyak perkiraan dan rancangan yang nampaknya mantap, namun akhirnya meleset kerana memang di sebalik itu semua ada kekuatan Zat Yang Maha Kuat yang menentukan segala-galanya.
Kita perlukan Allah di saat keadaan sedang stabil dan normal. Malah dalam keadaan yang sulit dan tidak ada orang yang membantu, kita lebih-lebih lagi perlukan Allah. Apalagi kalau orang di kiri kanan kita yang biasa membantu memberikan jalan penyelesaian tidak lagi dapat diharapkan. Ya! Ini disebabkan mereka juga manusia yanq sangat terbatas seperti kita.
Dalam keadaan seperti ini, tidak ada jalan lain kecuali kita mendongak ke langit rnengharapkan  penyelesaian dari atas.
Pintu penyelesaian dari langit akan sentiasa dibuka selama kita membuka pintu hati kita untuk menerima keputusan Allah.
Maha Suci Allah! Dia benar-benar berbeza dengan sifat makhluk.
Semakin banyak permasalahan yang kita keluhkan atau semakin banyak permintaan yang kita ajukan, maka semakin Allah menyukai kita.
Berbeza dengan makhluk yang miskin ini. Jangan terlalu banyak merengek kepadanya kerana dia juga masih perlukan bantuan.
Penyerahan diri kepada Allah akan melahirkan kekuatan untuk menghadapi segala permasalahan.
Sabda Rasulullah saw :
“Barang siapa yang ingin menjadi rnanusia yang paling kuat, maka bertawakallah."
Tawakal ini sekaligus akan mendatangkan ketenangan. Kenapa?
  1. Kita akan sedari bahwa kesulitan yang mendera adalah sebahagian dari “senario” Ilahi.
  2. Kita akan sedari bahwa Allah tempat kita bersandar dan di tanganNyalah terdapat penyelesaian.

Dab Yang Beriman-Pelik Tapi Benar-

Diriwayatkan oleh Ibnu Kathir dalam Al Bidayah wa An Nihayahbahawa Al Baihaqi menceritakan daripada Abu Mansur Ahmad bin Ali ad- Damaghaniy dari daerah Namin di Baihaqi, mengenai sebuah kisah yang disampaikan oleh Umar al Khattab r.a.. 

           Pada suatu hari, Sedang Rasulullah saw sedaang berjalan bersama sama dengan sekumpulan para sahabat , tiba tiba datang seorang Arab Badwi daripada Bani Sulaim di hadapan Rasulullah saa. Beliau membawa bersama sama nya seekor dab yang ditangkapnya, dan bercadang untuk membakar haiwan itu dan memakannya. Melihat ramai yang berjalan, beliau tertarik untuk mendekati dan bertanya siaakah gerangan yang sedang mereka iringi? Apabila diberitahu bahawa mereka sedang mengiringi Nabi SAW, Maka dia terus mendekati Nabi lantas berkata : 

 "Demi Tuhan Lata dan Uzza, Tiadakah sesuatu yang terdapat dalam alam ini yang lebih ku benci daripadamu wahai Muhammad! 

Kalaulah kerana tidak kaumku memanggilku dengan panggilan yang tergesa gesa , tentulah aku sudah memenggal kepalamu lalu aku dapat hatiku dan hati semua manusia yang berkulit hitam putih , dan merah serta selainnya"; 

Umar al-Khattab lalu menjadi marah dan bangkit dan berkata Wahai Nabi, Biarlah aku mengakhiri hidupnya!. Nabi SAW tenang menjawab permintaan Umar , 

"Wahai Umar ! Tidakkah engkau tahu bahawa orang yang lemah lembut itu hampir diangkat menjadi Nabi?" 

Nabi kemudiannya berkata kepada Arab Badwi itu,

"Apakah yang menyebabkan engkau berkata demikian?Sepatutnya engkau menghormatiku dalam perhimpunan bersama sahabatku"  

Arab badwi tersebut tidak mengalah bahkan sebaliknya berkata : 

"Demi Tuhan Lata dan Uzza,Aku tidak akan beriman kepadamu hai muhamamd hinggalah dab ini beriman kepadamu!"

 sambil mengeluarkan dab itu dan melemparkannya dihadapan baginda. Kemudian.. Nabi memanggil Dab itu , kedengaran Dab itu menjawab dengan bahasa arab yang fasih dan dapat difahami oleh semua yang hadir.

inspirasi...

PERJUANGAN membuat Anda LEBIH KUAT, 
PERUBAHAN membuat Anda lebih BIJAKSANA.

Insirasi.(y)



                                      SENYUM dapat  MENYELESAIKAN banyak MASALAH.
                                             DIAM boleh TERHINDAR dari banyak MASALAH.






Untungkah Menjadi Guru????

Orang kata kalau jadi cikgu ni untung...gaji besar, kerja setengah hari, cuti pun banyak kalau nk di bandingkan dengan kerjaya yang lain...

Betul, memang tak di nafikan, dari segi zahir memang guru kerja separuh hari, bila murid cuti sekolah,guru pun cuti..kalau di selami lebih dalam lagi, sebenarnya tiada istilah bekerja separuh hari dalam kamus hidup seorang guru..banyak isu yang akan timbul jika isu ini dibahaskan oleh yg bukan ahli, pucuk pangkalnye semua terserah pada individu guru itu sendiri, dimanakah ia ingin meletakkan dirinye...ingin menjadi seorang yg kominted dengan bidang tugas dan kerjaya atau sekadar ingin menjadi "Guru 25 hb"..."tepuk dada tanya iman"

Tapi kalau nk dikata gaji guru besar,tu tak betul..guru adlh kakitangan awam, jadi tangga gaji guru adalh sama dengan kaki tangan awam yang lain.dan guru TIDAK dapat claim untuk "overtime"

Kisah 20sen...

Seorang Imam yang menjadi Imam tetap di sebuah masjid di satu daerah. Telah menjadi kebiasaan baginya untuk menaiki bas pergi ke masjid bagi menjalankan tanggungjawabnya.

Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen.

Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut.



"Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?"
"Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni.. nak beli apa pun tak cukup", kata Imam tersebut.

Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas pun berhenti. Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut.



"Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen", kata Imam tersebut itu
"Owh... terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya", pemandu bas bertanya. lalu Imam pun menjawab,
"Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya wajib berlaku jujur".

Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata,

"Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam".

Cita-Cita Yang Tak Pernah Menjadi | iluvislam.com discover the beauty of islam


Bertanyalah pada mereka yang berusia lebih 20 tahun : apakah bidang yang mereka terokai itu, adalah apa yang mereka impikan? Saya percaya 5 daripada 10 orang daripada mereka yang ditanya itu akan mengiyakan dengan yakin dan bangga. Mereka ini akan berkata, 'ya' inilah bidang yang mereka ingin ceburi.

Bertanyalah pula pada mereka yang berusia lebih 30 tahun : apakah bidang yang mereka ceburi itu adalah apa yang mereka impikan? Saya percaya, daripada 10 orang yang ditanya, tidak seorang pun daripada mereka sedang menikmati bidang yang mereka cita-citakan.
Tanyalah mereka yang lebih 30 tahun di sekeliling anda; jiran, kenalan, sahabat, rakan sepejabat, malah sesiapa sahaja. Anda akan dapati bidang yang mereka terokai itu sama sekali bukan bidang yang dicita-citakan.

Malah, tanyalah diri kita sendiri. Apakah bidang yang menjadi kerjaya kita kini adalah sebenar-benarnya bidang yang kita impi-impikan? Jawapan yang jujur tentulah 'tidak!'

Cita-Cita Yang Tak Pernah Menjadi | iluvislam.com discover the beauty of islam

buatla sesuatu pekerjaan itu kerana allah...

buatla sesuatu pekerjaan itu kerana allah...Buatlah baik sehebat & seikhlas mana pun, pasti akan ada manusia yg membenci dan menuduhmu dgn kejahatan. Kerana itulah, elakkan beramal krn ingin menikmati pujian atau menjauhkan kejian kata-kata manusia itu, tetapi jadikan ia krn melaksanaan kata-kata Allah.

barang siapa yang suka duduk dengan orang kaya,,,akan ditambahkan rasa cinta kepada dunia...

barang siapa yang suka duduk dengan org miskin, dijadikan allah baginya rasa syukur dan redha kepada Allah...

Barang siapa suka duduk dengan wanita yang bukan muhrim, akan ditambahkan syahwat dan kebodohannya...

Barang siapa suka duduk bersama kanak kanak, akan ditambahkan kesukaannya bermain dan bergurau senda..

Barang siapa suka duduk bersama orang fasiq, ia akan menjadi lebih berani berbuat dosa dan menunda taubatnya..

Barang siapa suka bersama orang yang soleh, bertambahlah keinginannya untuk taat kepada Allah..

Barang siapa suka bersama para ulama, akan bertambahlah ilmu dan waraknye...


semoga kita akan dipertemukan dengan kebaikan...dan dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat...

HIMPUNAN KATA-KATA SEMANGAT

  • Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam  buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami. 



  • Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum. 



  • Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga. 



  • Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji."


KOTAK MISTERI

Setiap manusia dikurniakan dengan bakat dan tahap kepandaian yang berbeza-beza...di setiap JANUARI,semua guru di Malaysia akan menerima kehadiran pelajar baru, mereka ini boleh di anggap sebagai sebuah kotak misteri yang besar, dimana isi kandungannya tidak diketahui...


Kata- Kata Motivasi Hamka


Berani menegakkan keadilan, walaupun mengenai diri sendiri, adalah puncak segala keberanian. (Hamka).


Yang benar tetap benar, yang salah tetap salah. Kaya dan miskin di hadapan keadilan adalah sama. (Hamka).


Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras. (Hamka).


Bertambah kuat kepercayaan kepada agama, bertambah tinggi darjatnya di dalam pergaulan hidup, dan bertambah naik tingkahlaku dan akal budinya. (Hamka).


Pergaulan mempengaruhi didikan otak.Oleh itu, untuk kebersihan jiwa hendaklah bergaul dengan oarang-orang beradab dan berbudi mulia yang dapat kita kutip manfaatnya. (Hamka).

Mari Belajar Matematik Sambil Menyanyi

umum mengetahui bahawa matematik adalah satu matepelajaran yang sukar dan rumit,tapi perkara ini dapat diatasi sekiranya guru memainkan peranan yang luar dari kebiasaan...
salah satu dari kaedah yang boleh di guna pakai oleh guru-guru matematik di sekolah rendah adalah melalui kaedah atau teknik nyanyian.dengan nyanyian murid akan lebih seronok dan minat untuk mempelajari matematik
di bawah merupakan beberapa kaedah nyanyian yang telah di hasilkan bagi membantu murid-murid yang lemah dalam menguasai

klik pada link berikut

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN :
falsafah pendidikan negara lahir daripada proses yang agak panjang iaitu satu proses pembinaan bangsa dan negara Malaysia semenjak merdeka lagi. Umum mengetahui bahawa falsafah pendidikan negara yang dirumuskan pada tahun 1988 dan disebut dalam Akta Pendidikan 1996 berbunyi:
Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga masyarakat dan negara.