kasih sayang itu ibarat mencari sehelai rumput yang paling cantik di padang yang luas..

kasih sayang itu ibarat mencari sehelai rumput yang paling cantik di padang yang luas..

Sebuah artikel yang penuh dgn maksud yang mendalam.. Adakah kita ibarat pelajar tersebut, sibuk cari rumput yang paling cantik, tp sampai ke penghujungnya 1 pon tak jumpe.. Bak kte cikgu.. Banyak masa yang terbuang demi mencari sehelai rumput yang paling cantik..itulah umpama nye dlm mencari pasangan hidup.. Kita mencari & terus mencari dgn berharap akan ada sesorg yang lebih baik di hadapan nanti.. Namun bila sampai di penghujungnya akan adakah orang itu???
Suatu hari, seorang ustaz sedang mengajar subjek akhlak bab kasih sayang sesama makhluk di dalam kelas, semua pelajar kusyuk mendengar apa yg sedang disampaikan oleh ustaz tersebut...selesai saja memberi penjelasan tentang tajuk tadi, ustaz pon membuka peluang kpd murid-muridnya utk bertanyakan soalan..lalu seorang murid angkat tangan dan meminta izin utk bertanyakan apa yg terbuku dalam hatinya..
"Ustaz, bagaimana kita hendak mencari seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayangi?"
 Ustaz tidak terus menjawab, sebaliknya dia merenung ke arah padang di hadapan darjah..
"Wahai muridku, saya akui soalan mu ini amat indah untuk dicernakan, namun sukar untuk dilaksanakan.."
"Cuba kamu lihat padang yang luas itu. Terdapat banyak rumput di atasnya. Bagaimana kalau saya meminta kamu berjalan di sana, tetapi kamu tidak dibenarkan untuk menoleh semula walaupun sekali. Hanya berjalan terus, maju ke hadapan. Dalam perjalananmu itu, saya mahu kamu mencari sehelai rumput yang cantik, ambil dan berikan kepada saya." .

Apakah itu KEIKHLASAN....

Di dalam ikhlas itu harus ada 4 perkara...
  1. Khauf( Takut) : Takut atau rasa gerun dengan balasan ALLAH dia atas setiap perkara yg  akan  di lakukan 
  2. Raja (Mengharap) : Mengharap ALLAH melihatnya di setiap perbuatan yang di lakuan dengan kasih sayangnya 
  3. Mahabbah (Cinta) : Sanggup melakukan apa saja tanpa ada bantahan dan sanggup berkorban demi menunaikan titah ALLAH
  4. Tawakkal ( Pergantungan) : Umpama orang yang bergantung pada sesuatu agar ia tidak terjatuh dan berserah pada ALLAH atas ketentuannya.


Cita-Cita...

Bertanyalah pada mereka yang berusia lebih 20 tahun : apakah bidang yang mereka terokai itu, adalah apa yang mereka impikan? Saya percaya 5 daripada 10 orang daripada mereka yang ditanya itu akan mengiyakan dengan yakin dan bangga. Mereka ini akan berkata, 'ya' inilah bidang yang mereka ingin ceburi.

Bertanyalah pula pada mereka yang berusia lebih 30 tahun : apakah bidang yang mereka ceburi itu adalah apa yang mereka impikan? Saya percaya, daripada 10 orang yang ditanya, tidak seorang pun daripada mereka sedang menikmati bidang yang mereka cita-citakan.

Tanyalah mereka yang lebih 30 tahun di sekeliling anda; jiran, kenalan, sahabat, rakan sepejabat, malah sesiapa sahaja. Anda akan dapati bidang yang mereka terokai itu sama sekali bukan bidang yang dicita-citakan.
Malah, tanyalah diri kita sendiri. Apakah bidang yang menjadi kerjaya kita kini adalah sebenar-benarnya bidang yang kita impi-impikan? Jawapan yang jujur tentulah 'tidak!'

http://www.iluvislam.com/gaya-hidup/kerjaya/1370-cita-cita-yang-tak-pernah-menjadi.html 

LIMA tiada KeENAMnya, ENAM tiada keTUJUHnya, TUJUH tiada ke LAPANnya


Seorang paderi di Amerika mengajak seorang pelajar arab yg di berikan oleh Allah nikmat dalam beragama islam utk berdialong didalam sebuah gereja di tempatnya, Tujuan paderi itu tidak lain tidak bukan hanya utk memalukan pemuda arab tersebut dan sekaligus mengukuhkan agamanya. Pemuda muslim itu pun menerima tentangan debat tersebut.

Sesi berdebat di mulakan oleh paderi tersebut:.

Paderi berkata "aku akan mengajukan kepada kamu 22 soalan dan kamu harus menjawabnya dengan tepat"

Si pemuda tersenyum dan berkata "silakan"